Wednesday, December 3, 2008

realiti

Raut wajah itu muncul kembali diruang legar minda ku. Kenangan lama ibarat diulang tayang dihadapanku. Setiap detik bersama, setiap rakaman suara masih terngiang di telinga. Saban malam menikmati indahnya ciptaan Tuhan bersama, sekelip mata hilang bak ribut badai melanda. Bisa menghancurnya hidup insan yang sedang dilanda bahagia. Hati yang rapuh ini diuji kekuatannya. Mengapa saat menyulam bahagia, badai itu harus menjelma. Hati ini tidak mampu menerima. Airmata tak pernah kenal erti lelah. Minda dan hati berkecamuk hebat berdebat tentang hala tuju masa depan diri. Namun semuanya bagai terhenti di satu titik noktah yang tiada kesudahan. Serba salah mengikut bicara kepuraan diri. Melempiaskan senyuman dihadapan seribu orang sedangkan hati tidak kuat untuk menangis lagi. Andai masa lalu boleh diulang, tidak kan ku berani benarkan diri dilukai lelaki itu.
Ya,lelaki yang senang bicara tentang janji dan kesetiaan sebagaimana mudahnya juga dia melafazkan perpisahan. Baginya hidup ini mudah, cari ketika perlukan dan buang ketika tidak lagi berguna. Andai dia benar mengerti hati dan diriku, tidak tergamak rasanya dia untuk melukakan sekeping hati yang benar menyayangi dirinya seadanya. Tidak pernah terlintas di minda untuk mengubah dirinya walaupun sekelumit rasa. Dirinya dan egonya yang melangit diterima walau pahit untuk diluah. Demi sayang berjuta kata, rindu berat didada. Sekejap benar aku dalam pelukannya. Mendengar dia sudah berpunya,bukan satu perkara yang menghairankan. Diri ini terlalu kenal siapa dia. Kedegilan hati ini tercabar lagi.
Menunggu diruangan sepi sendiri entah untuk apa ku sendiri tidak pasti. Terpaku di pintu yang seharusnya telah lama ku tinggal pergi. Seharusnya kini ku telah berganjak ke pintu yang satu lagi, namun belum juga ku terima pengganti yang serasa memahami diriku ini. Bukan mudah untuk diriku difahami. Sukarnya hari2 yang kulalui.mengenang diri seorang diri, menjadi perindu sepi dimalam hari. Berat rasanya rindu yang menggunung. Jika boleh ku lepaskan permasalahan ini dilautan, alangkah indahnya. Pasti tidak akan kutemui lagi masalah itu yg akan hilang dibalik lambungan badai. Mengapa diriku tak seperti yang lainnya,mgapa diriku kerap berbeza. Adakah ku ingin menjadi si pungguk yang tak pernah berhenti merindukan bulannya. Sedangkan bulan tidak pernah melihat ke bawah. Teman bulan hnya bintang yang terhias indah dilangit tinggi. Pahit tapi itu realitinya. Hidup ku masih perlu diteruskan walaupun tanpa dirinya. Sesekali kita perlu merasa pahitnya hidup kerana tak selalunya manis dtg mnjelma.

No comments: