Monday, February 23, 2009

usia




Ada yang merahsiakan
Ada yang menghebohkan
Ada yang tak sabar menyambut tarikh keramat ini
Namun ada juga yang menghindari hari ini

Usia
Adakah ia sekadar nombor
Atau punya makna yang signifikasi
Terpualng kepada pemilik usia
Bagaimana dia menggunakan usianya
Ke arah kebaikan dan masa depan
Atau sekadar menghabiskannya dengan keseronokan

Usia
Lelaki menyatakan hidup mereka bermual pada usia 40
Wanita pula mula risau bila menjelma angka 40
Kanak-kanak tak sabar ingin dewasa
Si dewasa ingin kembali menjadi kanak-kanak
Masing-masing punya sebab tersendiri
Masing-masing punya pandangan tersendiri

Usia sentiasa bertambah,
Itu pasti
Usia sentiasa meningkat,
Itu pasti
Usia digunakan sebaik-baiknya
Usia dihabiskan begitu saja
Terpulang kepada kita
Kita mencorak masa depan kita.
Kita, ya kita..

rama-rama itu terbang lagi


Rama-rama itu terbang lagi
Bebas menyelusuri taman puteri
Riang menari di kelopak berseri
Senyum pada kecerian mentari

Rama-rama itu terbang lagi
Meninggalkan kepompong yang menutupi
Melupakan kehidupan sebelum ini
Menjauhi pohon usang tinggal di bumi

Rama-rama itu terbang lagi
Mengembangkan sayap di langit Illahi
Tanpa memikirkan masa depan menanti
Megah dengan kecantikan semulajadi
Bangga apabila mata kerap memerhati
Tidak menghiraukan bahaya menanti

Rama-rama kini menangis sendiri
Pabila tangan rakus merampas seri
Tatkala kecantikan tak lagi bererti
Tak mampu untuk terbang tinggi
Tak mungkin lagi untuk terbang lagi
Rama-rama itu kekal sendiri
Meratapi nasib malangnya diri
Kecantikan bukan sebagai bukti
Kemegahan dan keriangan tidak dihati
Andai sahaja nama-nama berhati-hati
Tidaklah sendirian menungu mati.

aku tak punya apa-apa


Aku tak punya duit
Adakah rakan bersamaku nanti
Aku tak punya cantik
Adakah lelaki bakal mendampingi
Aku tak punya suara merdu
Adakah sesiapa ingin berbual denganku
Aku tak punya pandai
Adakah aku diterima dalam masyarakat
Aku tak punya pakaian jenama mahal
Adakah mereka pandangku jelek
Aku tak punya kereta mewah
Adakah aku ketinggalan teknologi
Aku tak punya pangkat
Adakah sesiapa akan mendengar pendapatku

Aku hanya punya
Kepercayaan
Keyakinan
Keikhlasan
Kejujuran

Aku hanya punya
Kasih
Sayang
Cinta
Rindu

Aku hanya punya
Keserhanaan
Keceriaan
Kesucian
Keimanan

Aku hanya punya
Tuhan Yang Maha Mengetahui, bukan menghakimi
Sekadar berdasarkan pandangan duniawi
Sedangkan akhirat yang paling hakikat
Aku tak punya apa-apa lagi di dunia ini
Sekadar menanti nasibku di dunia yang satu lagi
Dunia yang tak pernah berpenghujung lagi
Dunia yang aku nanti.

sayang,rindu dan kasih



Sayangku,
Bangunlah melihat mentari yang bersinar sayu menerpa pada keayuan wajahmu. Bangunlah mencari ketenangan yang dicipta untukmu. Bangunlah sayangku. Sesungguhnya ada sesuatu yang menunggu kehadiran hidupmu.
Rindu,
Rindukan mentari tetapi terlampau panas untuk dimilik, rindukan pelangi tetapi takkan kekal ianya disisi, rindukan bintang di langit illahi tapi takkan mungkin dikecapi. Apalah nasib ini, jadilah perindu sepi.
Kasih,
Bilamana kita bersedia, ia akan datang sendiri. Namun tatkala cinta tidak senada, ianya pasti pergi meninggalkan hati yang bukan milikknya lagi. Hakikatnya kita sendiri tidak pernah pasti kemana arus itu akan membawa kita untuk berlabuh. Pelabuhan yang kita sendiri tidak mengerti. Tak perlu mencari yang terbaik kerna kita seharusnya menjadikan yang terbaik daripada apa yang kita milikki. Itu lebih bermakna dan berharga. Percayalah kewujudan cinta.

kita yang tahu


Persahabatan yang telah terjalin sekian lama
Membuatku terfikir tentang diriku
Tentang kau dan tentang kita
Walaupun nampak tiada apa yang istimewa
Tiada apa yang menarik
Namun persahabatan kita kekal segar
Sesegar embun pagi yang suci
Sewangi mawar merah di taman baiduri
Secantik warna-warna sang pelangi
Semanis madu bunga idaman insani
Harapanku agar hubungan ini akan berkekalan
Walau hingga titisan darah terakhir
Walau hingga nafasku yang penghabisan
Kau dan aku akan kekal bersama kerna yang istimewa dan menarik itu hanya kita yang tahu..

Sunday, February 22, 2009

ratuku


Untukmu Ratuku-Kredit to MPP UPM 2002.

Andai la ada ramai lagi lelaki mcm ni skrg, bahagia dunia..lelaki sebagai pembimbing kepada wanita yang lemah.bukan perosak.banyak pengajaran kita boleh dapat dengan hayati kata-kata ini..

………………………………………………………………………………………………

Ratuku,
Ingin ku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan
Tentang kebimbanganku ini tatkala bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan yang ganas lagi bernasfu serakah

Ratuku,
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu tanpa relamu

Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila melihat bunga yang tidak segan silu melempiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerna apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga gugur bagaimana tibanya musim luruh

Ratuku,
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari di antara Safa dan Marwa
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah. Engkau bukan Aishah, bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci terpuji kerna aku tidak layak berharap sedemikian rupa
Cukup sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu.

Ratuku,
Esok musim bunga pasti akan tiba dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerna kau ratu idaman kalbu

Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang ku harapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang bisa buatku tersenyum lega
Kerna akan ku temui ratuku
YANG BENAR-BERAR RATU.


Monday, February 9, 2009

masa depan yang tak pasti


Tiga purnama lagi bakal penentu arah tuju masa depanku. Gelaran yang kusandang kini akan berubah. Aku bukan lagi pelajar yang akan bergelut dengan buku, peperiksaan, tugasan dan pensyarah. Malahan mungkin masa untuk aku bersenag seperti sekarang tidak akan kembali. Benar kata orang, saat yang paling manis adalah saat bergelar pelajar. Untungnya jika masa tidak begitu cepat berlalu, pasti diriku punya banyak masa bersama temanku, bersama kenakalanku.
Masa begitu benar mencemburui insani atau insan itu sendiri tidak pandai menghargai masa. Apa yang ku tahu kini hanyalah ingin menggunakan masa yang tinggal sebaik-baiknya agar aku nanti tidak menyesali peluang ini dikemudian hari. Temanku yang bakal membawa haluan masing-masing. Satu harapanku agar kami masih lagi bersama walau tidak bersua. Kenangan itu akan kekal mengikat kita dan akan dijadikan bahan bercerita pada anak cucu kita nanti. Insyaallah.
Sayangku pada teman yang menjadi penghibur dikala suka, penawar dikala duka, penasihat dikala keliru. Tiga tahun lamanya kita bersama, menjadi saudara tatkala diri ini jauh dari keluargaku. Mereka benar menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya. Betapa aku akan merindukan semua itu.
Tiga tahun ini, ku lalui dengan perasaan yang bermacam. Adakala ku begitu lelah. Hingga satu saat keyakinan itu datang tiba-tiba tanpa diundang. Moga hari yang bakal ku lalui membuatku lebih tabah dan yakin menjalani hidup yang tidak terduga ini. Bagaimana kesudahan hidup ini tidak siapa yang tahu. Hanyalah pada Pencipta ku titipkan doa agar aku kekal di landasanNya.




Saturday, February 7, 2009

semangat yang hilang

Malam itu umpama mimpi bagiku. Kau jadikan mimpi ku jadi kenyataan. Walau telah lama ku impikan, baru malam itu fantasiku jadi realiti. Walau sekejap Cuma, namun kau tetap menjadikan aku seperti satu-satunya insan yang paling bahagia yang wujud dimuka bumi. Keterlaluan bukan ungkapan ku. Kau temani ku dikala sunyi, kau hiburkan ku dikala bosan. Kau bawaku bersiar menikmati keindahan bintang bergemerlapan dilangit hitam.
Sayang.. memang perasaan itu wujud untukmu. Namun aku tidak akan sesekali terlena dan terleka dengan layananmu. Kita tetap akan menjadi teman yang baik sampai bila-bila. Bolehkan kau berjanji padaku bahawa kau akan kekal begini. Bolehkan temanku. Aku tau kau mampu melakukannya. Aku pasti.
Sedang aku terkapai-kapai ditinggalkan teman lama, kau datang menemaniku. Aku ibarat orang mengantuk disorong bantal menerima pertolonganmu tanpa ragu. Sedikit sebanyak hibaku hilang dibawa angin. Sedang masa berputar, teman lamaku semakin dilupakan. Terima kasih kepada dirimu yang tanpa jemu disampingku.
Namun, badai tiba-tiba bergelora, kau seolah-olah menjauhkan ku. Mengapa temanku? Mengapa aku ditinggalkan begitu tanpa ku mengerti. Lama ku mencari jawapan persoalan yang tidak terungkai itu. Mujurlah kau terbuka pintu hati untuk kembali pada diriku ini sebagai temanmu. Aku mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kepercayaan dirimu padaku. Benar-benar ku tak ingin kehilanganmu. Aku takut kehilanganmu. Aku tak mampu.
Mengapa tidak kau khabarkan padaku ada insan yang ingin menjauhkan kita. Sungguh aku tak menyangka itulah punca kau menjauhiku dulu. Aku juga tak tahu siapa insan itu temanku. Maafkanku andai ku pernah menyakitiku dengan tingkahlaku atau kata-kataku. ku juga insan yang lemah. Maafku pinta sayang.
Kini, kita telah kembali seperti sediakala, syukur ku panjatkan pada Yang Kuasa telah mengembalikan kau kepadaku temanku. Moga kita kekal begini selamanya. Jangan kau pergi dariku lagi. Jangan sesekali kau izinkan sesiapa memisahkan kita. Kau semangatku.

temanku kini

Aku menumpang kasih pada yang sudi. Walau kami tiada ikatan lain selain teman, dia tetap sabar melayan kerenahku. Siang malam tanpa jemu. Saatku sunyi, gembira, sedih, keliru atau kecewa. Untuk mencintai si dia adalah perkara yang paling tidak akan ku lakukan, kerna dia telah mempunyai teman yang terpahat bertakhta dihati. Lantas kami juga turut mengakui sayang hanyalah terbatas sebagai teman. Aku lebih senang begitu, malah telah selesa begitu.
Teman tapi mesra, mungkin ungkapan itu terlalu klise, namun bagiku mungkin itulah yang terbaik untuk diri ini mengungkapkan betapa pentingnya kehadiran dirinya dalam hidupku. Aku perlukan dia, jujur ku katakan, kini aku tak betah tanpa dirinya. Gelak tawanya, usikan kepada diriku. Sering diri ini tersenyum menerima pesanan darinya. Bukan bermakna aku bercinta dengannya, bukan juga ku akui bahawa ku telah serahkan hati ini padanya. Tidak sekali. Aku boleh yakin itu. Malah sangat yakin.
Sekadar teman yang terlalu memahami diri ini, sekadar teman yang ku selesa mencurahkan segala masalah, aduan,pendapat atau juga curahan hati. Rahsia, tiada dalam kamus hidup kami berdua. Segala-galanya terungkap dan tersingkap. Malu? Mungkin tiada lagi. Walau aku dan dia merupakan dua insan yang sangat berbeza. Siapa kata lelaki dan perempuan tidak boleh kekal sebagai kawan.
Harapanku kami sentiasa bersama seperti kini. Aku bahagia. Walau tanpa teman istimewa, aku tetap rasa seperti dimanja. Biarlah aku hidup begini buat sementara ini. Untuk apa ku mempunyai kekasih andai hanya untuk menyakitiku. Aku perlukan pelindung, bukan pemusnah. Lantaran itu, biarkan aku hanyut dalam duniaku. Aku tidak menganggu sesiapa, menyakiti sesiapa. Aku tenang begini.