Saturday, February 7, 2009

temanku kini

Aku menumpang kasih pada yang sudi. Walau kami tiada ikatan lain selain teman, dia tetap sabar melayan kerenahku. Siang malam tanpa jemu. Saatku sunyi, gembira, sedih, keliru atau kecewa. Untuk mencintai si dia adalah perkara yang paling tidak akan ku lakukan, kerna dia telah mempunyai teman yang terpahat bertakhta dihati. Lantas kami juga turut mengakui sayang hanyalah terbatas sebagai teman. Aku lebih senang begitu, malah telah selesa begitu.
Teman tapi mesra, mungkin ungkapan itu terlalu klise, namun bagiku mungkin itulah yang terbaik untuk diri ini mengungkapkan betapa pentingnya kehadiran dirinya dalam hidupku. Aku perlukan dia, jujur ku katakan, kini aku tak betah tanpa dirinya. Gelak tawanya, usikan kepada diriku. Sering diri ini tersenyum menerima pesanan darinya. Bukan bermakna aku bercinta dengannya, bukan juga ku akui bahawa ku telah serahkan hati ini padanya. Tidak sekali. Aku boleh yakin itu. Malah sangat yakin.
Sekadar teman yang terlalu memahami diri ini, sekadar teman yang ku selesa mencurahkan segala masalah, aduan,pendapat atau juga curahan hati. Rahsia, tiada dalam kamus hidup kami berdua. Segala-galanya terungkap dan tersingkap. Malu? Mungkin tiada lagi. Walau aku dan dia merupakan dua insan yang sangat berbeza. Siapa kata lelaki dan perempuan tidak boleh kekal sebagai kawan.
Harapanku kami sentiasa bersama seperti kini. Aku bahagia. Walau tanpa teman istimewa, aku tetap rasa seperti dimanja. Biarlah aku hidup begini buat sementara ini. Untuk apa ku mempunyai kekasih andai hanya untuk menyakitiku. Aku perlukan pelindung, bukan pemusnah. Lantaran itu, biarkan aku hanyut dalam duniaku. Aku tidak menganggu sesiapa, menyakiti sesiapa. Aku tenang begini.

No comments: