Tuesday, December 16, 2008

mawar tetap mawar

Mawar tetap mawar. Walau bagaimana sekalipun mawar itu dilihat, keharumannya tetap sama. Tidak pernah kan pudar harum mawar itu bilamana ia dicium walau seribu manusia sekalipun. Namun kecantikannya tidak dapat melawan keharumannya, harum yang kekal selamanya tidak terbanding andai kita melihat kecantikan yang sekejap cuma. Mawar masih lagi digilai walau durinya sering kali menusuk jari hingga mengeluarkan titisan darah dan meninggalkan kesan luka. Aneh bukan kerana manusia terus-terusan mengejar kecantikan mawar dan mengetepikan keharuman bunga yang lain walau keharumannya saban waktu tidak pernah berganjak memberi kita keistimewaan yang lainnya. Itulah manusia.
Fitrah kita mengejar yang cantik dan indah sedangkan kita sendiri tahu pasti ianya tidak kekal lama. Andai kata keharuman kemboja dihidangkan didepan mata dan mawar berduri yang diseberang sana, pastinya tetap mawar akan dikejar. Lumrahnya, manusia bangga dapat memiliki teman secantik ratu dunia dan lupa bahawa kecantikan rohani melebihi segalanya. Saban waktu mengilai indah luaran sedangkan yang membahagiakan adalah dalaman. Betapa sedihnya diri seseorang yang tidak mempunyai paras yang mampu mengikat mata memandang kerana perilaku yang mulianya tidak pernah dihargai. Hingga datang satu hari yang menunjukkan keadilan dunia, mengabaikan kemboja akan menjadi satu penyesalan maha besar kerana terlalu asyik memikat mawar. Kerana mawar itu telah hilang serinya bak tangan ganas yang selangkah dengan si pemikatnya. Lantaran itu si kemboja tertawa sinis pada pelaku itu kerana tidak pernah menghargai pengorbanan kemboja. Mawar tetap mawar dan kemboja tetap akan menjadi kemboja yang dulu. Setia menanti mereka yang bijak menilai harga sebenar keindahan.

No comments: