Wednesday, December 3, 2008

lelaki itu

Lelaki itu mgajar ku erti rindu,sayang, dan bahagia..Lelaki itu juga mengajar ku erti kesefahaman,kejujuran,pgertian dan pengorbanan. Dan lelaki yang sama mengajar ku erti terluka,kesakitan,kepayahan menanggung derita,tersisih,diketepikan dan dibuang tanpa belas.. Lelaki itu,pernah bertahkta dalam hatiku. Ataupun mungkin masih lagi disitu tempatnya tanpa digugat sesiapa. Waras akalku menyatakan dia tak layak berada disitu malah tak pernah layak.namun hati kecil ini berbicara bahawa cinta itu buta. Tapi aku lebih yakin bahawa aku yang buta. Dengan mudah menyerah jiwa dan raga untuk dilukai. Betapa bodohnya naluri wanita ku. Sedari dulu ku lebih percaya hati ku berbanding akalku, dan aku takkan menyalahkan apa yang berlaku, mugkin tuhan lebih menyayangi diriku dan membawa ku keluar dari kelukaan yang maha hebat jika lebih lama ku dibuai mimpi palsunya. Setiap yang berlaku di dalam dunia ini tiada yang kebetulan kerana semuanya telah dirancang dan ditetapkan. Sebagai pelakon di pentas ini, kita hanya melakonkan watak yang diberikan sebaik mungkin. Manusia mana di dalam dunia ini yang tidak diberi dugaan. Yang membezakan kita hanya cara bagaimana kita menerima dan menjalani dugaan itu. aku kerap menyalahkan diri atas apa yang berlaku, mungkin ada sebab mengapa masa silamku tidak berjaya mengikut ku ke masa depan. Kerana masa silamku tidak membahagiakan ku. Maka pandanganku kini lebih memikirkan apa yang akan berlaku berbanding apa yang telah berlaku. Cuma kenangan bahagia yang diberikan lelaki itu akan kekal bersama ku. Lelaki itu mungkin sedang bahagia bersama teman barunya dan ku harap benar dia bahagia.melihatnya bahagia sudah cukup mengembirakan diriku. Cinta itu bukan untuk dipaksa. Maka takkan ku paksa lagi diri ini menerima cinta yang tidak pasti. Apa yang boleh ku lakukan hanya menanti tanpa pasti insan yang mampu mgembalikan senyuman ikhlas dibibirku dan juga menyebabkan hatiku kembali berbunga bila bersama dia ataupun sekadar mndengar suaranya. Harapanku hanyalah penantian itu tidak terlalu lama. Kerana ku tak betah hidup sendiri. Terima kasih lelaki itu kerana pernah wujud dalam hidupku.

No comments: