Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Wednesday, December 3, 2008

realiti

Raut wajah itu muncul kembali diruang legar minda ku. Kenangan lama ibarat diulang tayang dihadapanku. Setiap detik bersama, setiap rakaman suara masih terngiang di telinga. Saban malam menikmati indahnya ciptaan Tuhan bersama, sekelip mata hilang bak ribut badai melanda. Bisa menghancurnya hidup insan yang sedang dilanda bahagia. Hati yang rapuh ini diuji kekuatannya. Mengapa saat menyulam bahagia, badai itu harus menjelma. Hati ini tidak mampu menerima. Airmata tak pernah kenal erti lelah. Minda dan hati berkecamuk hebat berdebat tentang hala tuju masa depan diri. Namun semuanya bagai terhenti di satu titik noktah yang tiada kesudahan. Serba salah mengikut bicara kepuraan diri. Melempiaskan senyuman dihadapan seribu orang sedangkan hati tidak kuat untuk menangis lagi. Andai masa lalu boleh diulang, tidak kan ku berani benarkan diri dilukai lelaki itu.
Ya,lelaki yang senang bicara tentang janji dan kesetiaan sebagaimana mudahnya juga dia melafazkan perpisahan. Baginya hidup ini mudah, cari ketika perlukan dan buang ketika tidak lagi berguna. Andai dia benar mengerti hati dan diriku, tidak tergamak rasanya dia untuk melukakan sekeping hati yang benar menyayangi dirinya seadanya. Tidak pernah terlintas di minda untuk mengubah dirinya walaupun sekelumit rasa. Dirinya dan egonya yang melangit diterima walau pahit untuk diluah. Demi sayang berjuta kata, rindu berat didada. Sekejap benar aku dalam pelukannya. Mendengar dia sudah berpunya,bukan satu perkara yang menghairankan. Diri ini terlalu kenal siapa dia. Kedegilan hati ini tercabar lagi.
Menunggu diruangan sepi sendiri entah untuk apa ku sendiri tidak pasti. Terpaku di pintu yang seharusnya telah lama ku tinggal pergi. Seharusnya kini ku telah berganjak ke pintu yang satu lagi, namun belum juga ku terima pengganti yang serasa memahami diriku ini. Bukan mudah untuk diriku difahami. Sukarnya hari2 yang kulalui.mengenang diri seorang diri, menjadi perindu sepi dimalam hari. Berat rasanya rindu yang menggunung. Jika boleh ku lepaskan permasalahan ini dilautan, alangkah indahnya. Pasti tidak akan kutemui lagi masalah itu yg akan hilang dibalik lambungan badai. Mengapa diriku tak seperti yang lainnya,mgapa diriku kerap berbeza. Adakah ku ingin menjadi si pungguk yang tak pernah berhenti merindukan bulannya. Sedangkan bulan tidak pernah melihat ke bawah. Teman bulan hnya bintang yang terhias indah dilangit tinggi. Pahit tapi itu realitinya. Hidup ku masih perlu diteruskan walaupun tanpa dirinya. Sesekali kita perlu merasa pahitnya hidup kerana tak selalunya manis dtg mnjelma.

lelaki itu

Lelaki itu mgajar ku erti rindu,sayang, dan bahagia..Lelaki itu juga mengajar ku erti kesefahaman,kejujuran,pgertian dan pengorbanan. Dan lelaki yang sama mengajar ku erti terluka,kesakitan,kepayahan menanggung derita,tersisih,diketepikan dan dibuang tanpa belas.. Lelaki itu,pernah bertahkta dalam hatiku. Ataupun mungkin masih lagi disitu tempatnya tanpa digugat sesiapa. Waras akalku menyatakan dia tak layak berada disitu malah tak pernah layak.namun hati kecil ini berbicara bahawa cinta itu buta. Tapi aku lebih yakin bahawa aku yang buta. Dengan mudah menyerah jiwa dan raga untuk dilukai. Betapa bodohnya naluri wanita ku. Sedari dulu ku lebih percaya hati ku berbanding akalku, dan aku takkan menyalahkan apa yang berlaku, mugkin tuhan lebih menyayangi diriku dan membawa ku keluar dari kelukaan yang maha hebat jika lebih lama ku dibuai mimpi palsunya. Setiap yang berlaku di dalam dunia ini tiada yang kebetulan kerana semuanya telah dirancang dan ditetapkan. Sebagai pelakon di pentas ini, kita hanya melakonkan watak yang diberikan sebaik mungkin. Manusia mana di dalam dunia ini yang tidak diberi dugaan. Yang membezakan kita hanya cara bagaimana kita menerima dan menjalani dugaan itu. aku kerap menyalahkan diri atas apa yang berlaku, mungkin ada sebab mengapa masa silamku tidak berjaya mengikut ku ke masa depan. Kerana masa silamku tidak membahagiakan ku. Maka pandanganku kini lebih memikirkan apa yang akan berlaku berbanding apa yang telah berlaku. Cuma kenangan bahagia yang diberikan lelaki itu akan kekal bersama ku. Lelaki itu mungkin sedang bahagia bersama teman barunya dan ku harap benar dia bahagia.melihatnya bahagia sudah cukup mengembirakan diriku. Cinta itu bukan untuk dipaksa. Maka takkan ku paksa lagi diri ini menerima cinta yang tidak pasti. Apa yang boleh ku lakukan hanya menanti tanpa pasti insan yang mampu mgembalikan senyuman ikhlas dibibirku dan juga menyebabkan hatiku kembali berbunga bila bersama dia ataupun sekadar mndengar suaranya. Harapanku hanyalah penantian itu tidak terlalu lama. Kerana ku tak betah hidup sendiri. Terima kasih lelaki itu kerana pernah wujud dalam hidupku.

semata kenangan


Hati wanita yang rapuh ini sekali lagi diduga. Si dia yang diharap dapat mengembalikan senyuman dibibir akhirnya bertindak kejam dengan menghancurkan janji yang disemat ketika awal perkenalan dulu. Benar, aku yang terlalu mengikut naluri wanita kononnya. Akhirnya merana sendirian. Dalam perhitunganku, sudah cukup rasanya kasih sayang kuberi. Dirinya ku tatang bagai membawa minyak yang penuh. Namun mungkin terlalu berlebihan sehingga si dia merasa rimas. Atau sebenarnya bukan salah diriku. Si dia yang telah berubah. Manusia memang sejak asal kejadian dari zaman adam lagi, lebih mudah meletakkan kesalahan di bahu orang lain daripada mengaku kesilapan sendiri.
“Sayang”.. sedap ungkapan itu kedengaran ditelingaku ketika si penuturnya membuai perasaanku lembut. Perkataan itu bagiku terlalu indah, terlalu bermakna hinggakan diri dilamun anganan yang kami akan bersama sampai bila-bila. Musnah sekelip mata bila satu pagi aku dikejutkan dengan pesanan diriku kini amatlah dibenci. Walau pesanan itu ringkas tapi tetap memberi kesan yang mendalam pada hatiku yang sekeping ini. Mujur aku tidak berseorangan, sahabat karibku setia disisi menemani walau perangaiku ketika itu bukan seperti insan yang waras akalnya. Deraian airmata setia mengalirkan air yang tidak putus-putus yang aku sendiri tidak tahu dari mana sumber datangnya. Ku larikan diri seketika di tepi pantai yang tidak pernah mengecewakanku bilamana aku memerlukan ketenangan jiwa. Namun kali ini tidak berjaya kerana negeri perantauanku ini terlalu kecil agaknya. Segenap pelusuk telah ku soroti bersama si dia. Walang nasibku kerana saat ini juga aku bakal menghadapi peperiksaan semester akhirku. Mana hendak membaca lagi, mana hendak memujuk hati yang luka. Dalam fikiranku Cuma satu, aku ingin pulang ke rumah. Tak sanggup lagi aku duduk disini. Saat ini juga ku ambil untuk lebih dekat kepada Penciptaku. Aku sedar mungkin inilah balasan kepadaku kerana terlalu leka dengan dunia yang seketika ini.
Akhirnya pulang juga aku ke rumah ku. Seminggu aku bagai orang gila, menelefon si dia setiap saat dengan harapan aku diterima kembali. Apa yang ku dapat Cuma maki hamun sahaja. Tika itu aku masih lagi belum menerima kenyataan ini. Sehingga datang satu saat, seorang insan diutuskan untuk membawa aku keluar daripada lamunan fantasiku ini. Pujukan, nasihat, cerita-cerita lawak dan segar yang dibawakan oleh insan yang seorang ini menjadikan aku kembali waras, aku mula pandai ketawa. Aku tidak lagi tidur ditemani airmata tetapi ditemani suara yang sentiasa tahu dimana kelemahanku untuk gelak. Aku cukup senang dengan perubahan ini. Insan ini yang menemaniku setiap masa, ketika dan saat. Walau dia sendiri sebenarnya sibuk dengan urusannya. Tambah manis bila hari lahirku ditemani insan ini. Dia tidak jemu melayan keletahku walau ketika itu subuh sudah mula menjengah. Sekejap rasanya bila berbual dengannya, ada sahaja dijadikan modal untuk berbicara. Sehinggakan bila aku tidak tahu untuk berbual apa lagi, dia menyanyi untuk ku. Katanya tidak elok dibiarkan suasana sunyi. Saat itu aku mulai merindui dirinya bila dia sunyi tanpa berita. Diriku sentiasa tertanya apakah yang dilakukannya. Dan aku mulai sedar yang aku sudah semakin melupakan orang yang melukaiku itu. tapi walau sejauh mana aku membuang dia dari hidupku, rindu itu kadangkala hadir mengetuk pintu hati mengenang kenangan indah kami dahulu. Semata kenangan.

cintaku

Saat cinta sudah berputik. Saat sayang mekar berbunga. Saat cinta mula kuberikan sepenuhnya .Saat itulah aku ditinggalkan sendirian. Tanpa ku rasa ku diberikan peluang untuk diberikan pengadilan seadilnya. Aku terus ditinggalkan tanpa sebab yang waras. Semuanya semata pembohongan yang bertalu sehinggakan aku hilang kewarasan seketika. Hatiku buta menilai kasih seorang pria. Ku anggap kali ini ku mendapat kasih abadi yang kekal ke akhirnya. Namun walau baru usia hubungan itu mencecah enam purnama, ribut dan taufan melanda cintaku. Hatiku rapuh dah nyata sekali tidak kuat untuk menghadapi perpisahan ini.
Aku dibuang tanpa belas. Segala pengorbanan dan kesetiaanku ibarat tidak pernah wujud. Cinta ku ibarat tidah pernah hadir dalam dirinya. Alasannya cukup mudah, aku lebih tua darinya dan dia malu terhadap rakan-rakannya. Aneh kan, kenapa saat dia memberi kata cinta padaku dulu, tidak dibangkitkan hal ini. Walaupun aku sendiri sedar risiko ini perlu kutanggung dari dulu lagi. Aku yang menjerat diri. Sedangkan aku tahu hatinya telah dimiliki dan dipunyai seseorang. Ku sangka sayang dan kasihku mampu menambat dirinya, tapi betapa aku bodoh, menyangka diri terlalu hebat. Sedangkan kekasihnya memiliki dirinya sejak dari dulu. Aku tidak pernah akan mengambil kira segala pengorbananku kerana ku tahu itulah perkara yang paling kita akan lakukan tanpa mengharapkan balasan.Itulah cinta.
Cinta bagiku terlalu subjektif. Sedang aku memasang angan-angan untuk lebih membahagiakan dirinya, betapa dia pula sedang berusaha mencari alasan menjauhi diriku. Aku tahu dia sedang menghindari diriku, tapi aku butakan mataku melihat semua itu kerana kasih sayang dan cintaku terhadapnya yang sungguh mendalam. Tidak sanggup rasanya aku berpisah dengan dirinya. Dia sering membuatku tertawa dengan keletahnya yang melucukan. Dia sering mendatangi mimpiku apabila dia melayani dengan begitu romantis. Setiap sentuhan dan belaiannya membuatku terbuai bahagia. Namun sayang, semuanya dirampas dariku dengan sekelip mata. Ya Tuhan, berikan lah aku kekuatan untuk menempuhi dugaanMu. Aku tidak kuat dan tidak mampu menghadapi semua ini.