Saturday, February 7, 2009

semangat yang hilang

Malam itu umpama mimpi bagiku. Kau jadikan mimpi ku jadi kenyataan. Walau telah lama ku impikan, baru malam itu fantasiku jadi realiti. Walau sekejap Cuma, namun kau tetap menjadikan aku seperti satu-satunya insan yang paling bahagia yang wujud dimuka bumi. Keterlaluan bukan ungkapan ku. Kau temani ku dikala sunyi, kau hiburkan ku dikala bosan. Kau bawaku bersiar menikmati keindahan bintang bergemerlapan dilangit hitam.
Sayang.. memang perasaan itu wujud untukmu. Namun aku tidak akan sesekali terlena dan terleka dengan layananmu. Kita tetap akan menjadi teman yang baik sampai bila-bila. Bolehkan kau berjanji padaku bahawa kau akan kekal begini. Bolehkan temanku. Aku tau kau mampu melakukannya. Aku pasti.
Sedang aku terkapai-kapai ditinggalkan teman lama, kau datang menemaniku. Aku ibarat orang mengantuk disorong bantal menerima pertolonganmu tanpa ragu. Sedikit sebanyak hibaku hilang dibawa angin. Sedang masa berputar, teman lamaku semakin dilupakan. Terima kasih kepada dirimu yang tanpa jemu disampingku.
Namun, badai tiba-tiba bergelora, kau seolah-olah menjauhkan ku. Mengapa temanku? Mengapa aku ditinggalkan begitu tanpa ku mengerti. Lama ku mencari jawapan persoalan yang tidak terungkai itu. Mujurlah kau terbuka pintu hati untuk kembali pada diriku ini sebagai temanmu. Aku mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kepercayaan dirimu padaku. Benar-benar ku tak ingin kehilanganmu. Aku takut kehilanganmu. Aku tak mampu.
Mengapa tidak kau khabarkan padaku ada insan yang ingin menjauhkan kita. Sungguh aku tak menyangka itulah punca kau menjauhiku dulu. Aku juga tak tahu siapa insan itu temanku. Maafkanku andai ku pernah menyakitiku dengan tingkahlaku atau kata-kataku. ku juga insan yang lemah. Maafku pinta sayang.
Kini, kita telah kembali seperti sediakala, syukur ku panjatkan pada Yang Kuasa telah mengembalikan kau kepadaku temanku. Moga kita kekal begini selamanya. Jangan kau pergi dariku lagi. Jangan sesekali kau izinkan sesiapa memisahkan kita. Kau semangatku.

4 comments:

orked said...

salam...nie blog kwn aku yg nampak brutal ka nie??hahaha jiwang na...mcm saterawan..perh cayalah madie...truskan berkarya..

MiZZy MaDie said...

wsalam...ni kire d other side of me

bidadari cinta said...

mm..ade bakat untuk jadi penulis..
x teringin ker nk hasilkan cerpen or novel..??

MiZZy MaDie said...

tringin gak tp rase nye blom ckup mampu la..stkt ni ni jer la yg leh wat..huhhuhu..

so far bce karya org jer la dlu..