Monday, January 12, 2009

buat pencinta setia

Pada sang pencinta yang setia,
Usah dikenang pengorbanan mu pada kekasihmu
Tapi anggaplah ianya bukti keunggulan cintamu
Kerana sepasang hati telah terpaut erat
Menghidupkan suasana dingin menjadi hangat
Menceriakan gerimis setelah matahari berlalu pergi
Mendendangkan puisi pujangga seluruh dunia.

Pada sang pencinta setia,
Kekasihmu itu perlu dibelai hatinya
Perlu disemai benih kasih sayang
Perlu dijaga dan dibaja cintanya
Perlu dibelai manjanya
Kerna dia hanyalah manusia biasa.

Pada sang pencinta setia,
Ku titipkan pesanan ini agar kau tidak kecewa
Agar kau tidak merana
Agar kau tidak berduka
Dikala kasih yang kau harapkan
Kecundang saat kau mengharapkan bahagia.
Malap ketika baru api cinta mula membara
Tatkala kau seorang pencinta yang setia.

Jagalah tarimu,
Jagalah nadamu,
Agar ia tidak sumbang
Ketika kau menarikan lagu cinta
Ketika kau menyanyikan puisi cinta
Ketika kau dan si dia memadu asmara
Di dalam bahtera bahagia
Moga kekal selamanya
Cinta sang pencipta setia bersama kekasihnya
Berdoalah pada Sang Pencipta
Biar dirimu kekal bersama
Hingga ke hujung nyawa.

2 comments:

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Ziarah,

Usah terlalu fanatik kepada cinta. Tidak salah bercinta, usah sesekali tersalah dalam bercinta.

Anyway, good writing!!! Teruskan menulis!!! Salam perkenalan.

http://meetuncleshah.blogspot.com

MiZZy MaDie said...

thanx 4 ur comment..