Monday, February 15, 2010

tertewas lagi

Kau hadir saat hati ku masih terbekas luka lama
Kau datang dengan perkhabaran yang boleh ku kira indah
Kau melayan ku seperti seorang kawan
Kau diam mendengar keluhan permasalahanku tanpa rungutan
Buah fikiran mu ku ambil kira mungkin kerana faktor usiamu yang lebih matang ku rasa
Aku halang diriku dari jatuh cinta denganmu
Kerana jarak yang jauh kira mungkin akan membataskan segala
Namun ku tewas akhirnya
Ku biarkan diriku menerimamu tanpa ku sedar bila
Mungkin kerana merasa yang kau mampu menjaga dan menerima aku seadanya
Aku menerima cintamu
Aku kalah dengan mainanmu
Ku terus biar diriku hanyut dengan ilusi cinta dan sayang mainanmu
Hingga satu saat yang ku kira kau sudah tak sanggup untuk meneruskan pembohonganmu
Kau akhirnya mengaku kau hanya membohongi ku
Akhirnya kau lakukan perkara yang sama dengan teman lamaku
Sedangkan kau tau perkara itu sejak dulu lagi
Kau yang memulakan
Dan kau juga yang mengakhirkan
Aku tergamam tanpa suara
Kaku kelu tanpa bicara
Perkara yang sama datang menimpa
Patutnya dari awal sudah ku duga
Tetap aku merelakan segalanya
Mungkin ini yang membuatkan aku belajar
Untuk menjadikan diriku lebih dewasa
Mainan dunia tanpa megira siapa
Kini aku lebih tenang tanpa sesiapa
Aku selesa dan aku gembira
Bergembiralah kau disana
Selepas berjaya melukakan sekeping lagi hati wanita

5 comments:

aNYsa said...

tewas tak semestinya kalah,
sendiri lebih baik daripada berdua tapi masih sendiri,
aku tak tahu,
namun kau lebih mengerti,
segunung kepercayaan,
dibalas tuba pengkhianatan,
kita hanya insan kecil,
punya hati,
punya impian,
ingin disayang,
juga dikasihi,
chenta anugerah Ilahi,
akan hadir nan sejati,
bila Ilahi menginginkan,
usah terlalu diingati masa lalu yang sedih dan pedih,
mungkin tika dan saat ini,
waktu untukMu berkhalwat hanya untuk ILahi,
mengenal diri dan menyuci dosa,
Moga Allah merahmati..
teman,
biar sedih itu berlalu,
jangan dilayan hati duka,
cekalkan hati,
moga tabah engkau melaluinya..
insyaALLAH..cahaya itu kan muncul jua.

MiZZy MaDie said...

ya, pasti kerana hanya masa kan mngubat segalanya.

aNYsa said...

madi, aku rindu ko...

MiZZy MaDie said...

anys..ko la org yg pling aku xdpt contact n xdpt updtae..ko per cer?

aNYsa said...

hahaha bukan ko jer.. semua org kate aku macam tu.. aku hidup lg kat bumi spg rgm ni.. aku thu gak pasal korang sikit2.. sebenarnya sikit sgt..huhuhu.... lepas kes ngn azaly dulu, aku malas nak tonjol diri lagi. entahlah..