Tuesday, December 1, 2009

bahagia atau derita

Perasaan yang tidak dapat ditafsirkan atau didefininasikan
Namun rasanya yang indah dah tenang sukar untuk dilepaskan walau seketika
Orang yang bertuah sahaja akan merasakan bahagia yang tidak terhingga
Ataupun sebenarnya bahagia itu memang ada tanpa kita sedarinya
Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan itu mungkin mampu mengembalikan segaris senyuman dibibir mereka yang sengsara, atau mungkin juga perkara kecil yang kita tuturkan mampu merobek hati yang sedang tertawa
Andai sahaja semua perlakuan itu dapat dijangka kesudahannya, pasti masa depan itu bukan lagi rahsia
Andai saja mimpi itu realiti yang sudah diketahui kesudahannya, pasti kita tidak perlu berangan hingga ke pucuk langit.
Langit itu tinggi, tinggi lagi impian mereka yang ingin berjaya
Berjaya bukan saja erti kata dunia tapi juga akhirat sana
Dunia bukan untuk selamanya, namun bukan juga penyebab untuk kita leka dan alpa dengan keindahan sementara
Siapa kata kita tak perlukan wang untuk hidup bahagia
Siapa pula yang pasti bahawa wang mampu menjamin kebahagiaan kita
Semalam seringkali dijadikan sempadan yang terbaik untuk kita terus memperbaiki diri menjadi lebih baik pada hari ini. Dan esok akan terus menjadi misteri yang belum pasti.
Orang datang dan pergi dalam hidup kita
Mencari kawan yang sentiasa berada dengan kita sangat sukar
Kerana mereka juga mempunyai persoalan sendiri
Apa yang tinggal dengan kita hanyalah kita sendiri dan Illahi
Kita sendiri perlu belajar untuk berdikari
Bila kita memanjakan diri untuk bergantung kepada orang lain
Maka itu juga yang mungkin menjatuhkan kita
Seteguh mana kekuatan orang untuk kita pinjam bila kita sendiri tidak mempunyai niat untuk kuat
Jangan jadi manusia yang hanya pandai meminta dan mengemis simpati orang lain
Jadilah manusia yang pasti arah tuju hidup dan landasannya.

Bahagia atau derita kita yang mencorakkanya.

4 comments:

aNYsa said...

hai sis.. pekaba?
lama aku tak dengar citer korang.. amacam dah keje ke skang?? ke masih dlm course?

orked said...

anis...ang kat mana skang??x dgr cter pun...

orked said...

anjang...awat nie...ok x nie...

MiZZy MaDie said...

baik sihat sjhtera..sume okey jer..xder paper yg brlaku lagi stkt ni..heheheh