Monday, February 15, 2010

aku masih belajar

Air yang tenang dipermukaan
Jangan sekali kita andaikan begitulah dasarnya
Riak wajah yang riang
Jangan sekali beranggapan begitulah hatinya
Manusia didunia hanyalah pelakon pentas hiasan
Maka bukanlah sukar untuk kita berlakon di depan orang lain
Walau bukan itu hakikat sebenar
Kita masing-masing punya tujuan
Punya pendapat dan haluan yang berbeza
Mungkin ada sebab kenapa seseorang itu menjadi sejarah dan tidak mengikut kita ke masa depan kita
Mengenang sejarah baik untuk kita jadikan panduan
Tapi bukan sebagai satu sebab kenapa kita tidak boleh maju ke hadapan
Kini aku lebih faham maksud dan erti dunia
Tidak semua yang kita impikan melutut sujud didepan mata kita
Tidak semua yang baik itu milik kita dan bukan pula yang buruk itu tidak baik untuk kita
Aku lebih faham erti sakit, erti luka, erti memberi dan menerima
Kerana dengan merasainya kita jadi lebih matang dari sebelumnya
Kau perlu jatuh untuk faham maksud sakit
Kau perlu terhiris untuk mengerti rasa luka
Memberi tak semestinya dibalas menerima
Dunia tak semua indah belaka
Bila kau mampu menerima asam garam dunia
Kau akan mampu menghadapi hari seterusnya

No comments: