Thursday, September 17, 2009

manusia




dalam kamar yang sepi ini
aku ditemani angin bisu
menyapa lembut permukaan wajah
yang tak terlintas difikiran
apakah yang dicari
apakah yang ingin dimengerti
mengapa sulit sekali jawapan itu menghadirkan diri..

manusia sering mengambil jalan mudah dengan melarikan diri
atau berpura seolah mengambil berat
sedangkan tiada sekelumit ikhlas tersirat dihati
apa erti pembohongan itu
pada siapa ingin ditonjolkan
atau untuk apa melakonkan watak baik sedang itu bukan kita..

ingin menjadi diri sendiri dihukum keji oleh masyarakat
ingin meluahkan rasa hati dituduh tidak peka pada hati yang lain
lantas penyelesaian cukup mudah
berpura dan terus berpura
demi terus diterima insan
demi tidak dianggap lain dari mereka
walau hati berlagu sumbang kerana itu bukan kita..

terusan-terusan menjadi boneka dunia
hingga lupa pada sang Pencipta
sedang yang menanti pasti kekal abadi
sampai bila-bila..

usah dikejar yang sementara
andai dalam kita mengejar itu ramai pula hati yang terluka
usah mengikut rentak mereka
kerana mereka tidak tahu apa
makna dunia..

No comments: