Bilamana benci berleluasa
Ingat sayang paling bahagia
Bilamana dendam menghantui
Ingat memaafkan lebih bererti
Bilamana takbur menguasai
Ingat besederhana sifat diri
Bilamana duka mengelabui
Ingat Tuhan sedang menguji
Bilamana mendung berarak kelabu
Ingat matahari kan muncul kembali
Bilamana gagal bertimpa-timpa
Ingat kejayaan pasti menyusuli
Bilamana lemah makin bermaharajalela
Ingat kekuatan kita lebih berkuasa
Bilamana amarah sedang hampiri
Ingat sejuk kan hati dan juga diri
Bilamana cinta semakin tiada
Ingatlah bahawa cinta pengubat jiwa yang lara
Cinta pada Yang Esa perlu diutama
Cinta pada Rasulnya pemangkin keteguhan jiwa
Cinta pada keluarga abadi setia
Cinta pada Akhirat membawa bahagia
No comments:
Post a Comment