ADAKALA KITA MERASAKAN BAHAWA KITA TERLALU BANYAK PERKARA UNTUK DICERITAKAN TETAPI KEPADA SIAPA? ADAKALANYA PULA KITA MEMPUNYAI SESEORANG DISISI TETAPI TIDAK MEMPUNYAI CERITA UNTUK DICERITAKAN.PERKARA TERBAIK ADALAH MENJADIKAN YANG BIASA KEPADA LUARBIASA. BELAJAR UNTUK MENGHARGAI APA YANG TERSEDIA DI DEPAN MATA BERBANDING MENGEJAR ANGANAN YANG BUKAN TENTU HAK KITA.
Thursday, December 4, 2008
sahabat
Di tempat ini kita bertemu
Disini kita menjalin rasa
Satu hubungan yang suci
Tidak pernah kita memilih
Dari serata negeri kita bertamu
Disini kita bersatu
Negeri ini menjadi saksi
Detik yang tak pernah kita duga
Saat yang tidak pernah kita pinta
Kawan
Kita mula bersama-sama
Membina impian dan angan-angan
Menara ini menjadi bukti
Tanda kita bersama sekata
Dalam suka dan juga duka
Bersama tawa dan airmata
Kita tetap terus bersama
Teman
Syukurku pada Tuhan Yg Maha Esa
Menemukan kita semua
Tujuh serangkai sentiasa bersama
Walau ke mana walau dimana
Hingga menjadi tumpuan semua
Tapi tidak pernah kita ambil kira
Andai ada mulut yang mengata
Yang penting kita gembira
Kerna kita adalah kita
Segenap pelusuk kita datang
Jambatan pulau pinang penghubung kita
Tidak pernah kita mengira
Kerna semua adalah sama
Dari selatan hingga utara
Dari barat hingga timur
Kita bertemu dan berjumpa
Di Universiti Sains Malaysia
Harapanku pada Yg Berkuasa
Moga kita tidak kan pernah lupa
Moga kita sentiasa bersama
Andai ada badai melanda
Biarlah kita harungi bersama
Jgn pernah kita bersengketa
Kerna kita ibarat saudara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment